Sunday, 11 September 2011


Fawalli wajhaka sathrol masjidil haram

Read more...

Thursday, 8 September 2011

Hari ni buka internet, xtau nk buat apa.. rehat kejap lepas balik dari pekan... balik umah amik pen khat trus touch up kt kertas.. dah rasa macam xpandai nk menulis guna buluh atau handam.. ni la hasilnya.

Berat sama dipikul..ringan sama dijinjing..


Tuhan, permudahkanlah..dan jangan sulitkanlah..sempurnakanlah dengan kebaikan

Read more...

Sunday, 3 April 2011

rasulallah


Demi sesungguhnya bagi Rasulallah itu contoh tauladan yang terbaik.

Read more...

Friday, 25 February 2011



proses tempahan yang masih belum siap

Read more...

Thursday, 17 February 2011

SALAM MAULIDURRASUL



Dengan ini saya mahu mengucapkan kepada umat islam seluruh dunia..

Selamat menyambut Maulidurrasul SAW... tahun 1432H..

Read more...

Tuesday, 28 December 2010

post terakhir 2010

Rasanya dah lama sangat xpost sesuatu dalam blog ni, so.. kali ni nk post gambar beberapa hasil terdahulu, tangan ni pon dah lma tak menulis, xsempat2 nk menulis.. rasa2nya..klu teman2 nk jadi penulis khat yang bagus, knelah rajin2 menulis ye..kalau tidak nnti kemahiran menulis tu akan tumpul dan lupa kaedah2 penting dalam seni khat..


Tulisan di kantin SAMTAJ Sg.Besar

Tulisan lama.. tak ingat bila tulis

Tulis atas kertas glossy, jarang dapat tulis atas kertas ni



Rasanya ni adalah post utk kali ini, kita jumpa lagi tahun 2011 jika dipanjangkan umur, inshaAllah..





Read more...

Friday, 16 April 2010

Ujian Amal islami Peringkat Zon 1

sebanyak lebih kurang 7 buah sekolah-sekolah Agama Menengah menyertai pelbagai acara dalam Ujian Kemahiran Amal Islami peringkat Zon 1, daerah Sabak Bernam.Antara acara yang dipertandingkan adalah acara seni khat.Pelbagai acara ini telah dipertandingkan di SAM Sungai haji Dorani, Sungai Besar.

ketekunan peserta-peserta semasa menulis khat


peserta yang memenangi pertandingan peringkat zon 1 akan mewakili zon 1 ke peringkat negeri.

Read more...

Thursday, 15 April 2010

UJIAN KEMAHIRAN AMAL ISLAMI PERINGKAT SEKOLAH

SAM MUHAMMADIAH , pekan sabak,pertandingan Ujian kemahiran amal islami peringkat sekolah..hampir 100 orang murid mewakili firqah masing2...lebih kurang 5 firqah yang terlibat dan setiap firqah menghantar 20 orang peserta..







mereka yang berjaya akan mewakili sekolah pada peringkat zon.

Read more...

Friday, 1 January 2010

.::Al FATIHAH::.

Assalamualaikum...

Buat sahabat-sahabat pengunjung blog saya...saya mohon sedekahkan Al Fatihah buat ayahanda saya yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pada 30hb 12 tahun 2009 pada pukul 4.20pagi...al.Fatihah..

Doakan juga mudah-mudahan agar rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...Amiin..

Jazakumullah khairal Jaza'...


Read more...

Wednesday, 2 December 2009

New Posting..

Yaasiin..



Waktasimu Bihablillah..


Salam semua.. ni antara posting terbaru..maaf tulisan masih lg bergerigi..sebenarnya ni pon menggunakan kertas berkualiti rendah dan menggunakan dakwat cina..nak beli kertas glossy dan yang lain2 tu xtau nak cari dimana..guna la kertas yang ada.. sila berikan komen yang membina..Syukran.






Read more...

Saturday, 7 November 2009

.:CaBaRaN BaRu:.


Diam- diam tak lama lg masa untuk pulang ke Malaysia.. sampai di tanah air nanti memang cabaran besar akan saya lalui bersama teman2 yang lain...Pohon kekuatan dari tuhan Semesta alam agar cabaran yang mendatang akan saya lalui dengan baik dan dipermudahkan segala urusan...buat sahabat2 yang masih tinggal di bumi anbiya'..teruskan perjuangan antum semua.. carilah ilmu sepuas2nya...pasti cabaran akan antum hadapi jua..bersungguh2lah..

Read more...

Monday, 28 September 2009

Sambutan Hari Raya 09 DPMZ

5 Syawal 1430H yang lepas merupakan hari yang ceria bagi kami warga pelajar Al Azhar dan Perubatan Zaqaziq kerana diadakan Majlis untuk Sambutan Hari Raya Idulfitri dan Haflah Najihin..Saya antara orang yang terlibat dalam Adhoc majlis tersebut..Alhamdulillah memberi pengalaman yang baik untuk saya dan sahabat2 yang lain..
Sedikit hasil kerja saya membuat tulisan khat pada backdrop majlis tersebut..diselangi kemahiran dan kreatif sahabat saya yg lain dengan hiasan ketupat gantung gergasi dan lampu2 dll..Alhamdulillah majlis tersebut berlangsung dengan meriah sekali dengan macam2 acara yang dipersembahkn kepada Ahli DPMZ dan OPZ(Organisasi Perubatan Zaqazig)...Sebelum terlambat, Saya Ucapkan kepada sahabat2 dan pengunjung blog saya ini...dengan ucapan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...KULLU AM WA ANTUM BIKHAIR"



sumber lain : http://dpmz.blogspot.com/2009/09/sambutan-hari-raya-aidilfitri-haflah.html

Read more...

Saturday, 12 September 2009

Ucapan Hari Raya

Sempena Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi..ni adalah posting untuk kali ini..saje2 tulis sebab dah lama xmasukkn dalam blog ni.. Ramadhan tak habis lagi..manfaatkn baki Ramadhan yer..

thanks kepada fathi kerana sudi tabarruk kertas ni...jazakallah khair..

Read more...

Saturday, 15 August 2009

EGP 09

Pada10 hrbln lepas pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) telah mengadakan pelbagai pertandingan sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia untuk kali yang ke 52 pada majlis yang di beri nama Ekspo Gempak PMRAM 09 (EGP 09). Tidak terlepas juga pertandingan untuk acara khat diadakan dan saya mewakili DPM Zaqaziq.. pada posting kali ini saya nak kongsi beberapa hasil karya peserta yang menyertai pertandingan khat tersebut..

Karya 1

Karya 2

Karya 3



Persaingan di antara peserta2 hebat2 belaka yang mewakili Badan Kebajikan Anak2 Negeri (BKAN) di Mesir dan wakil2 dari cawangan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM)masing2 ...Pemenang daripada DPM Zaqaziq dalam karya yang pertama diatas, naib johan drpda DPM Mansurah diwakili oleh saudara Mohd Fathi Muntalib(karya 2), dan tempat ke-3 saudara Mubarak(karya 3), mewakili BKAN Johor.


Read more...

Saturday, 1 August 2009

Pada Kiswah dan Pintu Kaabah yang Mulia

Tulisan Khat lama pada dinding di Maqam baginda SAW, minta maaf kerana tulisan tidak berapa jelas untuk dilihat

Read more...

Berikut antara sebahagian seni-seni islam di Tanah Haram, sebagai tontonan untuk sahabat2..


Kalimah Muhammad SAW diantara pintu yang terdapat di Masjid Nabawi
Hiasan Zakhrafah di Kubah di Masjid Quba'
Hiasan Zakhrafah diatas tiang2 di MasjidilHaram

Read more...

Thursday, 30 July 2009

Khat Di Masjid Nabawi

Alhamdulillah pada pertengahan bulan lepas, sya telah diizinkan oleh Allah taala untuk ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah. Apa yang dikongsikan dalam posting kali ni, saya sempat tangkap gambar beberapa tulisan khat di didinding di dalam Masjid Nabawi, saya sendiri xpasti sejak bila tulisan ni di buat..gambar ni utk sahabat2 yg sudi ziarah dalam blog sya..klu yang nk pegi umrah atau haji nanti jangan lupa ziarah Masjid NAbawi..tulisan ni bermula dri pintu masuk Babussalam sehingga pintu Babu Baqi' pada bersebelahan Makam Junjungan besar kita RAsulullah SAW..
Terasa terpegun bila melihat keindahan tulisan ini, mudah2an si penulis khat ni mendapat barakah yang tinggi kerana menulis ayat al Quran di Masjid yang mulia ini..

Read more...

Thursday, 18 June 2009

Setelah sekian lama xletak pape dalam blog ini...ni posting terbaru utk kalli ni..khat ni ditulis dalam 3 bulan yg lepas....


khat nasakh dalam surah al fatihah dan surah Al Fath Khat Thuluth ..wa Asa..

Wal Qalami wa ma Yas turuun..(Thuluth)

Read more...

Tuesday, 19 May 2009

Tokoh Khattat Mesir..

Mus'ad Mustofa Muhammad Khudair Bur-Saeidi.. beliau adalah khatat yang terkenal di bumi mesir masa kini, pernah menjadi tenaga pengajar di Ma'had Tahsin Khutut Arabi Khalil Agha, Kaherah dan juga pernah menjadi salah seorang hakim di pertandingan Khat Antarabangsa di Turkey satu ketika dahulu..berikut adalah gambar beliau bersama antara karyanya:


..Setakat ini saya belum berkesempatan lagi ziarah ke tempat beliau...kalau ada peluang rasa teringin juga nak pegi..InsyaAllah

sumber: http://www.portsaid-online.com/portsaid-online/interviews/329--ae-----

Read more...

Friday, 24 April 2009

.:MaSa LaPaNg:.

Musim periksa pon hampir tiba, kwn2 masing2 sibuk dengan baca kitab kuliahnya, saya pon tidak terlepas juga dengan keadaan sebegitu, cuma ada waktu2nya kita perlu "rehat" ataupon tenangkn minda dengan perkara lain.... dengan kitab kuliah yang tebal2 dan masih belum habis dibaca, amik masa sedikit untuk melayan hobi saya iaitu "tulis khat"..berikut sebahagian hasil tulisan saya pada masa2 lapang ni..rasa masih banyak lagi perlu diperbaiki, sapa2 yang pakar dalam bidang ni boleh la komplen pape yang kurang yer.... :)
















Khat Thuluth-1




Thuluth yang ke-2 ni banyak kelemahannya antaranya pada huruf nun di kalimah "Tuhibbuna" cacat sedikit..




Gabungan khat farisi, req'ah dan diwani..masih banyak kelemahan padanya..


.. insya Allah selepas ni saya akan cuba masukkan khat nasakh pula, xsempat pulak nk upload, kalau ada sahabat2 lain yang ada kemahiran seni khat ni, boleh la kongsi2 ilmu dan pengalaman dengan saya... mudah2an seni islam ni semakin subur..Amiiin..

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP