Monday 30 March 2009

.::MinaT::.

Bila menyebut pasal minat ni, macam2 minat yang ada pada setiap orang, minat memancing ke, minat baca buku ke, minat main bola ke dan macam2 lagi la jenis minat yang orang ada.. manfaat ke tak tu bergantung pada si pemilik diri yang tentukannya, dapat pahala ke tidak bergantung pada niatnya dan hala tuju minat samada ke arah ibadat ataupon sebaliknya...jadi bila sebut pasal minat ni, saya nak kongsi pada kwan2 mengenai minat sya ni..tak lain tak bukan iaitu pada kaligrafi arab ataupon yang orang selalu sebut sebagai "khat".

Saya berminat dengan tulisan khat ni semenjak bermula tingkatan satu lagi, sejak mula2 masuk pertandingan khat tingkatan satu kat sekolah menengah dulu, alhamdulillah dapat menang walaupon peringkat sekolah je...masa tu rasa tak sangka jugak yang sebenarnya Allah telah berikan saya sedikit kemahiran dalam menulis seni tulisan jawi ini, Alhamdulilah.... Sebenarnya pada asalnya saya ni minat melukis, tapi tidak la sehebat mana pon..cuma pandai tiru2 lukis je...semenjak tu la saya sedikit demi sedikit mula nk menceburi bidang menulis tulisan khat ni sehingga menjadi minat yang sangat mendalam sampailah sekarang.

Alhamdulillah cita2 nak jadi pelajar dalam menulis khat secara khusus tercapai bila saya berada di mesir, saya telah pon masuk Ma'had Khat dan mendalami serba serbi perkara berkaitan khat ini, tidak kisahla bermula dari sejarah khat dan teknik2 penulisan khat berkaedah, pembelajaran menulis khat menggunakan buluh dan macam2 lagi, sejak itulah juga saya mula kenal jenis2 khat dan nama2 tokoh khat terkenal daripada mesir dan dari serata dunia.kadang2 masa lapang juga saya buka daripada internet untuk melihat antara karya tokoh2 muktabar dalam penulisan Kaligrafi arab ini antaranya hashim Muhammad Al baghdady dan Jasim An Najafi..
Hasan Celebi Khattat Turkey

Lepas aje tengok karya2 yang hebat tu, hati ni terasa nak jadi hebat macam mereka2 tu, pastu mula la nak cari pen atau buluh khat untuk menulis khat...minat punya pasal kn. Tapi bila dah belajar menulis khat ni, makin lama rasa makin rumit pulak sebab kita dah tau mcamana kaedah yang betul dalam menulis khat ni, cuma kemahiran menulis aje yang perlu diperbaiki..cara tarik pen, kekemasan dan ketajaman huruf, tu yang rumitnya, bermula dari tulisan yang kecik, cuba pulak ke tulisan yang agak besar...semuanya memerlukan latihan yang kerap..apa pon kalau dah minat insyaAllah saya akan cuba juga walaupon rumit..hehe

Walaupon dah lama menulis tapi saya masih merasakan masih lagi banyak kelemahan, mudah2an kelemahan ini akan diperbaiki lagi. Mudah2an dengan minat ini juga akan dapat memartabatkan seni Islam yang semakin ditelan zaman ini, InsyaAllah..Pape pon sokongan dari keluarga dan kawan2 menaikkan lagi semangat saya untuk semakin mencintai seni ini..wallahua'lam..

Karya Hasan Celebi

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP