Monday 30 March 2009

.::MinaT::.

Bila menyebut pasal minat ni, macam2 minat yang ada pada setiap orang, minat memancing ke, minat baca buku ke, minat main bola ke dan macam2 lagi la jenis minat yang orang ada.. manfaat ke tak tu bergantung pada si pemilik diri yang tentukannya, dapat pahala ke tidak bergantung pada niatnya dan hala tuju minat samada ke arah ibadat ataupon sebaliknya...jadi bila sebut pasal minat ni, saya nak kongsi pada kwan2 mengenai minat sya ni..tak lain tak bukan iaitu pada kaligrafi arab ataupon yang orang selalu sebut sebagai "khat".

Saya berminat dengan tulisan khat ni semenjak bermula tingkatan satu lagi, sejak mula2 masuk pertandingan khat tingkatan satu kat sekolah menengah dulu, alhamdulillah dapat menang walaupon peringkat sekolah je...masa tu rasa tak sangka jugak yang sebenarnya Allah telah berikan saya sedikit kemahiran dalam menulis seni tulisan jawi ini, Alhamdulilah.... Sebenarnya pada asalnya saya ni minat melukis, tapi tidak la sehebat mana pon..cuma pandai tiru2 lukis je...semenjak tu la saya sedikit demi sedikit mula nk menceburi bidang menulis tulisan khat ni sehingga menjadi minat yang sangat mendalam sampailah sekarang.

Alhamdulillah cita2 nak jadi pelajar dalam menulis khat secara khusus tercapai bila saya berada di mesir, saya telah pon masuk Ma'had Khat dan mendalami serba serbi perkara berkaitan khat ini, tidak kisahla bermula dari sejarah khat dan teknik2 penulisan khat berkaedah, pembelajaran menulis khat menggunakan buluh dan macam2 lagi, sejak itulah juga saya mula kenal jenis2 khat dan nama2 tokoh khat terkenal daripada mesir dan dari serata dunia.kadang2 masa lapang juga saya buka daripada internet untuk melihat antara karya tokoh2 muktabar dalam penulisan Kaligrafi arab ini antaranya hashim Muhammad Al baghdady dan Jasim An Najafi..
Hasan Celebi Khattat Turkey

Lepas aje tengok karya2 yang hebat tu, hati ni terasa nak jadi hebat macam mereka2 tu, pastu mula la nak cari pen atau buluh khat untuk menulis khat...minat punya pasal kn. Tapi bila dah belajar menulis khat ni, makin lama rasa makin rumit pulak sebab kita dah tau mcamana kaedah yang betul dalam menulis khat ni, cuma kemahiran menulis aje yang perlu diperbaiki..cara tarik pen, kekemasan dan ketajaman huruf, tu yang rumitnya, bermula dari tulisan yang kecik, cuba pulak ke tulisan yang agak besar...semuanya memerlukan latihan yang kerap..apa pon kalau dah minat insyaAllah saya akan cuba juga walaupon rumit..hehe

Walaupon dah lama menulis tapi saya masih merasakan masih lagi banyak kelemahan, mudah2an kelemahan ini akan diperbaiki lagi. Mudah2an dengan minat ini juga akan dapat memartabatkan seni Islam yang semakin ditelan zaman ini, InsyaAllah..Pape pon sokongan dari keluarga dan kawan2 menaikkan lagi semangat saya untuk semakin mencintai seni ini..wallahua'lam..

Karya Hasan Celebi

Read more...

.::PengalamaN::.

Setiap hayat manusia biasanya akan ada sejarah bagi diri masing2...tapi xsemestinya sejarah tu sama jer cam sejarah dunia yang kita belajar selalu tu...pasal penaklukan british ke..sejarah perkembangan Islam kerajaan Othmaniyah ke..sejarah melaka dan macam2 lagi la...cuma masalahnya...antara sejarah2 yang kite belajar ni kite selalu sangat ingat sejarah2 yang luar dari sepatutnya....maknanya bukan la langsung x ingat..cuma kurang la sket...maksudnya kat sni,..sebagai contoh,kite ingat jer sapa orang yang mula2 sampai ke bulan, mesti kebanyakkan korang akan ingatkan sapa orangnya...tak lain tak bukan Neil Amstrong la kn, cuba plak ingat sejarah sal zaman2 nabi..antara peristiwanya ialah perjanjian Hudaibiyah dan lain2.....mau kadang2 pening gak nk ingat kan:) tapi tu la sebenarnya hakikat kita ni....sebut nama penyanyi mungkin ramai yang kita kenal,tapi bile sebut nama2 ulama' ntah2 baper orang je yang kita ingat.Sebenarnya nk citer kat sni,bukanla nak citer sal sejarah dunia tu..aku bukannya minat sangat sal sejarah ni, maklum la kena ingat banyak sngat fakta2, peristiwa2dll.sapa yang rajin dan mampu dalam bidang sejarah ni dengan baik, boleh dikatakan hebat la juga..ye la,biasanya org yang amik kos undang2 kt IPTA tu pon kurang2 subjek sejarah kena mantap, baru boleh diterima masuk.ok la..xmsuk2 lagi citer yg sebenarnya.....

Pada tanggal 15 jun lepas telah berakhirla periksa fasal ke-2 tahun 4 bagi kami Kuliah Syariah di tafahna Al-Asyraf , bermakna lepas tu cuti la.....dalam cuti tu insyaAllah lebih kurang dalam sebulan akan tau la keputusan peperiksaan nnti, cumanya nak cerita kat sini, mula ajer selepas periksa, ni la masanya aku nak berjaulah ke luar(maknanya luarnegara)..dah janji pon ngan kawan2 nk ke Jordan, Syiria ngan Turkey.... selepas je pereksa pagi tu, terus balik rumah kemas2 barang nak berangkat... petang tu gak terus ke Kaherah sebab nak jumpa kawan2 kat sana yang nak join skali jaulah tu...tempat yang aku singgah kat Kaherah di rumah Sarawak di Hayyu Asyir. Walaupon sebenarnya dah bertangguh dalam 2 hari gak dari hari asal nak bertolak ke Jordan...kena sabar la sket sbb kwan ada hal nk kena uruskn...

Pemandangan dari Aqabah(jordan) pada waktu tengah malam..


Dengan sedikit kekuatan yang ada ni, kkami bertolak dari Kaherah,hayyu asyir ke stesen bas Abasiyyah dalam kul 10malam pada 17 Jun 2008, bas itu la yang akan bawa ke perlabuhan Nuweiba dimana tempat kitorang akan naik feri atau bot laju ke Jordan...bas mula gerak dalam kul 11 malam, sampai Nuweiba ada la dalam pukul
6.15 pagi, sebelum sampai ke mina'(perlabuhan) Nuweiba, bas itu biasanya akan sempat lalu Taba(sempadan antara Mesir& Israel)untuk ambil penumpang lain walaupon sebelumnya
bas ini ada ambil penumpang di mahattah2(stesen2) yang aku sendiri pon xpasti apa namanya, macamana nak tau, mata dok pejam tido sahaja sebab bas dalam perjalanan adalah waktu malam..

Kubu Israel dapat dilihat dari Taba(Mesir)


Di Mina' Nuweiba, kami naik Feri@kapal laju(bentuk pon cam feri besar) Nefertari milik Jordan pukul 12.15 tengahari, tolak tambah nak masukkan penumpang dalam bot@kapal laju tu sambil2 tunggu nak bergerak, ada la sampai 4 jam gak nak sampai ke Mina' Aqaba(Jordan) dan sampai disana dalam kul 4.30 petang. Bila sampai je di Aqaba'(Jordan) bermakna bermula la perjalanan kami nak menjelajah.. :P..Secara ringkasnya selepas itu...alhamdulillah aku ngan kawan2 telah berjaya ke negara yang kitorang hajati nak pegi..banyak gak pengalaman yang xdapat kami lupakan sepanjang perjalanan kami..

Bersama2 kawan dari Jami'ah Mu'tah di Salahuddin Ayyubi Citadel. (dari atas kubu ni boleh nampak Laut Mati dari jauh)

...Tapi kebanyakkan pengalaman yang kitorang lalui manis2 belaka.Kami selamat pergi dan pulang walaupon perjalanan tu dalam masa dua minggu jer..kalau nak ikutkan hati, memang nak duk lama2, tapi apakan daya, duit pon ciput jer...maka perjalanan pon ciput gak la..hehe.walaupon ada sedikit masalah yang kami lalui, tapi bagi kami semua masalah tu sebagai cabaran dan pengalaman yang perlu ditempuhi..ctnya la,bila kami sampai di Turkey, majoriti orang Turkey xreti nak cakap English mahupon bahasa arab...memang susah gak nak berkomunikasi..masing2 gunakan akal dan pelbagai gaya bahasa nak bagi dorang paham dengan pertanyaan yang kami ajukan kalau kami ada apa2 masalah...klu xtanya kang sesat jalan pulak..tapi alhamdulillah, mereka semuanya ramah2 belaka.

Masjid Sultan Ahmet(Masjid Biru)

Kalau nak senang nak jumpa orang yang boleh cakap arab ke.. rajin2 la jalan ke masjid, insyaAllah semua imam yang dilantik ada kemahiran berbahasa arab...kami ni xdela terer sangat nak berbahasa arab, boleh la sket2..yang penting dapat paham apa yang dicakapkan..Pape pon kenangan yang kami lalui memang kami xdapat nak lupakan. Berdasarkan perjalanan ini dapat disimpulkan bahawa setiap negara yang kami lalui masing2 memiliki kelemahan dan kelebihan masing2...dengan budayanya, cara hidupnya, pemakaiannya dan banyak lagi yang xsempat aku nak tulis....kalau nak tau apa perbezaannya, sila la laluinya sendiri..
Selamat Berjaulah::..





Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP